TATABAHASA - Kata pemeri

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.  Kekeliruan penggunaan kedua-dua kata ini dapat dikategorikan seperti yang berikut: 


1). Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah
Contoh:

Anak adalah anugerah Allah. (Salah)
Anak ialah anugerah Allah. (Betul)

Pak Mat adalah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Salah)
Pak Mat ialah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul)

Matlamat AMAN adalah pembinaan masyarakat sejahtera. (Salah)
Matlamat AMAN ialah pembinaan masyarakat sejahtera. (Betul




2) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah
Contoh:

Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah)
Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul)

Persembahan itu ialah baik. (Salah)
Persembahan itu adalah baik. (Betul)


--Kata pemeri  adalah  hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama  dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja, manakala kata pemeri  ialah  hanya  boleh  diikuti  oleh kata nama  atau  frasa nama. Sebaliknya, kata kerja  atau  frasa  kerja  tidak  perlu  didahului oleh kata pemeri, sama  ada  ialah  atau  adalah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD