Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

BUKU RUJUKAN

Imej
 

BUKU RUJUKAN

Imej
 

TUKAR BHASA MELAYU KLASIH KE BAHASA MELAYU STANDARD

 Siri 4 Bahasa Melayu Klasik Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut Dalam  Bahasa Melayu Standard  tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Tatka l a itu Kerta l a Sar i suda h datang dar i Da h a , t e r la lu banyak beroleh harta daripada emas dan perak dan pakaian dan p itis berpu l uh-pu l uh juta dan orang banyak dic u rinya. Setelah sudah Ker t ala Sar i datang ke rumah n ya, maka i a pun bertanya kepada ibunya, "Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?" Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan   Bahasa Melayu Standard Ketika itu, Kertala Sari sudah pulang/kembali dari Daha. Kertala Sari memperoleh begitu banyak harta seperti emas, perak, pakaian dan wang berpuluh-puluh juta dan banyak orang yang dicurinya. Sejurus sahaja tiba di rumah, Kertala Sari bertanya kepada ibunya, “ wahai ibu, ke mana perginya bapa kerana saya tidak melihatnya?”.

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

 Siri 3 Bahasa Melayu Klasik Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut Dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.      Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha  itu,   sudahkah   datang dari Daha atau belumkah. Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi. Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan Dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, KPM Bahasa Melayu Standard      Setelah berfikir, Patih Gajah Mada pun teringat akan Petala Bumi. Patih Gajah Mada pun segera menyuruh orang berjumpa dengan isteri Petala Bumi untuk bertanyakan anaknya iaitu Kertala Sari yang pergi mencuri ke Daha sama ada sudah pulang atau belum. Orang Patih Gajah Mada pun pergilah berjumpa isteri Petala Bumi.

LAPORAN COVID-19

Imej
 

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

 SIRI 2 Bahasa Melayu Klasik Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan.   Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. 'Adapun negeri   Melaka   itu   sukar binasa maka puas hatiku. Adapun   seperti   khabar   penjurit   tujuh   bersaudara yang   di   Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.' Bahasa Melayu Standard Tidak lama kemudian, Patih Gajah Mada mendengar bahawa penjurit tujuh bersaudara yang dititahkan oleh Seri Betara pergi ke Melaka telah mati. Patih berasa hairan. Patih Gajah Mada berfikir dalam hatinya. ‘ Walaupun negeri Melaka itu sukar dibinasakan dia berasa puas hati kerana dia yakin penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit Cina itu akan berjaya mengalahkan Melaka sekiranya mereka tidak mati.

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD

 SIRI 1 - KEPIMPINAN MELALUI TELADAN Bahasa Melayu Klasik Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada  dan peri mengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan Patih Gajah Mada hendak mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang  dirinya,   peri mengatakan  tatkala Laksamana membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang  tujuh  bersaudara  yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan.  Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. Bahasa Melayu Standard Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada diberitahu oleh  peri, penjurit ketujuh berkata kepada Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada bahawa dia hendak mengalahkan negeri Melaka itu seorang diri. Walau bagaimanapun, Laksama membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Tidak lama kemudian Patih Gajah Mada mendengar berita bahawa penjurit tujuh bersaudara yang dititah

RINGKASAN NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

 SONGKET BERBENANG EMAS Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan.

RINGKASAN NOVEL JENDELA MENGADAP JALAN

 SINOPSIS JMJ Sinopsis   Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-­sama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu  ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi  disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga  untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya. Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa  peristiwa yang menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal  lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama  yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang  pengamal perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit  datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada cara  perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih muda. Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan  muda dengan golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid,  sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia a
Imej
 PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN 

LAPORAN KES COVID-19 MALAYSIA PADA RABU 9.6.2021

Imej
 Assalamualaikum