Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Soalan 2 (d) – Petikan Puisi Tradisional

Pantun Empat Kerat (Budi) Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak disebut. Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama; Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama. Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan. Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun. (Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka.) (i) Jelaskan maksud yang hendak disampaikan oleh penulis dalam rangkap kedua pantun di atas. (2 markah ) (ii) Huraikan pendapat anda tentang perkara-perkara yang boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah dan budi pekerti seseorang. (3 markah ) (ii

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri . Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat anderak besar. Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah muka anderak itu. Kerbau itu terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk dan keluar. Pintu anderak itu disumbat seorang segumpal tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. Kerbau yang di dalam anderak itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya. Sampailah khabar kepada Merah Hasum bahawa Merah Silu bermain dengan binatang liar yang tidak disukai oleh orang ramai. Tempat itu diberi nama Kerbau Kampung. Merah Hasum memanggil seorang hamba, katanya, “Pergi engkau katakan kepada saudaraku, Merah Silu, apa gunanya bermain binatang yang tiada berguna kepada orang yang

Soalan 2 (b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. RIPIN :Wak masuk hutan minggu lepas?( Melihat longgokan akar kayu dihujung beranda ) TUK WALI :Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi! RIPIN :Dah berpuluh tahun diredah, wak! Tak ada siapa pulak yang menanam semula. TUK WALI :Kalau ikut petua, ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada lagi. Bila aku cakap pasal pantang larang, semua orang ketawa. Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan. Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan … dah hilang rasa hormat mereka pada alam! RIPIN :Petua yang mana , wak? TUK WALI :Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. Kalau hati belum pasti, jangan cantas.Kalau belum mengenal, berkenal dulu.

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata embun di hujung rumput . [2 markah] (ii) Nyatakan tiga kebaikan yang diperoleh dengan membeli-belah di pasar raya besar. [ 3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah alasan-alasan peniaga dalam menyokong kenaikan harga sesuatu barangan? [4 markah]

Soalan 1: Rumusan

[30 markah ] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani kenaikan harga barang keperluan pengguna dan faktor-faktor kegagalan usaha menangani isu tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Apabila kerajaan mengumumkan bonus atau kenaikan gaji untuk kakitangan perkhidmatan awam, semua kakitangan berasa lega dan gembira. Namun begitu, rasa lega dan kegembiraan itu tidaklah lama kerana nikmat daripada bonus atau kenaikan gaji tersebut seperti embun di hujung rumput. Hal ini disebabkan mereka dihantui oleh kenaikan harga barangan secara mendadak pula. Oleh itu, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna (KPDNHEP) telah menjalankan operasi mencegah kenaikan harga barangan pengguna. Pengguna hendaklah tidak membuat pembelian secara boros, iaitu membeli sesuatu barangan mengikut keperluan dan bukan mengikut nafsu. Cara begini akan membol

Pembuangan Bayi Meninggalkan Kesan yang Parah

Penulis tertarik untuk memberi maklum balas terhadap rencana “Apabila Hilangnya Sifat Kemanusiaan …” oleh Aninah Janang dalam Dewan Masyarakat April 2010. Penulis bersetuju dengan Aninah yang menggambarkan masalah pembuangan bayi merupakan penyakit sosial segelintir masyarakat kita yang tandus nilai kemanusiaan. Masalah ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita yang berpegang pada agama sebagai tunjangnya. Kes pembuangan bayi diibaratkan sebagai penyakit sosial yang akan membelenggu negara kita daripada menjadi masyarakat yang bersifat penyayang yang merupakan salah satu daripada sembilan cabaran wawasan 2020. Pembangunan dari segi kerohanian pasti terbantut disebabkan nilai kemanusiaan diketepikan. Penyakit sosial ini turut mencerminkan kerapuhan pegangan agama dan ketandusan nilai kemanusiaan segelintir anggota masyarakat sehingga keliru antara amalan yang mulia dan yang berdosa. Sebenarnya, setiap manusia yang hidup memang mendapat dorongan dan panduan daripada agama masing

Latihan tatabahasa

Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) melayan tetamu (ii) mencabar minda (iii) menerima cabaran (iv) mengejar impian (v) meningkatkan prestasi (vi) membangkitkan semangat. (b) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) perkampungan (ii) penyusustan (iii) menempati (iv) menepati (v) menyeragamkan (vi) menstabilkan (c) Tulis satu ayat bagi tia

TEMA RAMALAN ISU SPM 2011

1. GEJALA BULI 2. RANCANGAN REALITI 3. SEMANGAT KEJIRANAN 4. TABUNGAN KELUARGA 5. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 6. ISU PENGANGKUTAN AWAM 7. ISU PEKERJA ASING 8. ISU LUMBA HARAM 9. BANGUNAN BERSEJARAH 10. ISU PELANCONGAN (PELANCONGAN DOMESTIK / PELANCONGAN KESIHATAN) 11. PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR 12. MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ANTARABANGSA 13. ULASAN DRAMA KOMSAS 14. PERPADUAN / SATU MALAYSIA 15. JENAYAH SIBER / JENAYAH ANTARABANGSA 16. PEMERDAGANGAN ORANG 17. POLISI SEKOLAH SELAMAT 18. AMALAN MEMBACA 19. PERSEDIAAN KE ALAM KERJAYA 20. ISU BAHASA- DASAR MBMMBI 21. MALAYSIA SEBAGAI HAB HALAL

KEM KECEMERLANGAN SPM 2011

Kem ini diadakan di SMK Dato' Ali Ahmad mulai 28 hingga 29 Mei 2011. Salah satu aturcara dalam kem ini ialah bengkel Bahasa Melayu mulai pukul 2 hingga 4 petang. Diadakan di Bilik Tayangan dan dikelolakan oleh Puan Norzila Ismail. Seramai lebih kurang 50 orang calon SPM 2011 menghadirinya. Pelajar didedahkan dengan 5 bentuk/dimensi soalan iaitu : 1. Diri 2. Keluarga 3. Masyarakat dan negara 4. Antarabangsa atau global 5. Kreatif atau KOMSAS. Formula kembangkan isi: MEE ["mention, explain , example"] Kunci Minda: M inah naik B as S ekolah D ato' A li ke U niversiti dan beroleh K ejayaan M- Mengapa B- Bila S- Siapa D- Di mana A- Apa U- Ungkapan menarik K- Kesimpulan isi (dalam perenggan berkenaan)

Banjir di Perlis Mac 2011

Sekolah SMKDAA terpaksa menamatkan sesi persekolahan lebih awal iaiti pada pukul 12.30 tengahari. Ini memberi ruang untuk pelajar yang tinggal di sekitar sekolah pulang. Paras air menunjukkah banyak rumah pelajar yang sudah dinaiki air banjir . Hujan semakin lebat pada pukul 9.30 sehingga waktu pelajar dibenarkan pulang. Tindakan ini dilakukan untuk memudahkan semua pelajar pulang dengan selamat. Mereka perlu membantu ahli keluarga yang lain ketika saat-saat yang mencemaskan ini. Pihak JPN Perlis terpaksa memberi cuti pada hari Khamis , Jumaat dan Isnin kerana SMKDAA menjadi pusat penempatan mangsa banjir bagi penduduk di sekitarnya. Jadi esok Isnin 4 Mac 2011 masih cuti lagi. Tapi............. cuti bergantiiiiiiiiiiiii .

PENYAKIT KANSER

Penyakit kanser merupakan pembunuh nombor dua di Ameika Syarikat (selepas sakit jantung). Jumlah kematian disebabkan kanser pada tahun 2006 adalah 564,830 orang atau 1,500 orang sehari. Walaupun sebanyak US$25 billion telah dibelanjakan untuk penyelidikan kanser di antara tahun 1982 - 2002, kematian yang disebabkan oleh kanser telah meningkatkan dalam tempoh yang sama. Anda mungkin bertanya apakah tiada kemajuan dicapai di dalam penyelidikan tersebut? Ada, tetapi kebanyakannya di dalam bidang pengesanan kanser seperti mamografi untuk kanser payudara dan ujian PSA untuk kanser prostat. Bagaimana dengan Malaysia? Pada tahun 2003, angka kematian bagi kes yang dirujuk kepada hospital kerajaan adalah 2,800 orang. Seperti juga di Amerika, kanser merupakan pembunuh nombor dua selepas sakit jantung (8,700 orang). Adakah pengesanan awal sahaja harapan kita? Pencegahan adalah lebih baik dari pengubatan. Di laman ini kami bawakan artikel-artikel mengenai penyakit kanser sebagai penge