Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

PENYAKIT KANSER

Penyakit kanser merupakan pembunuh nombor dua di Ameika Syarikat (selepas sakit jantung). Jumlah kematian disebabkan kanser pada tahun 2006 adalah 564,830 orang atau 1,500 orang sehari. Walaupun sebanyak US$25 billion telah dibelanjakan untuk penyelidikan kanser di antara tahun 1982 - 2002, kematian yang disebabkan oleh kanser telah meningkatkan dalam tempoh yang sama. Anda mungkin bertanya apakah tiada kemajuan dicapai di dalam penyelidikan tersebut? Ada, tetapi kebanyakannya di dalam bidang pengesanan kanser seperti mamografi untuk kanser payudara dan ujian PSA untuk kanser prostat. Bagaimana dengan Malaysia? Pada tahun 2003, angka kematian bagi kes yang dirujuk kepada hospital kerajaan adalah 2,800 orang. Seperti juga di Amerika, kanser merupakan pembunuh nombor dua selepas sakit jantung (8,700 orang). Adakah pengesanan awal sahaja harapan kita? Pencegahan adalah lebih baik dari pengubatan. Di laman ini kami bawakan artikel-artikel mengenai penyakit kanser sebagai penge

Punca Penyakit Jantung

Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung. Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung. Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan ber

BUDAYA (SUKA BERHIBUR) HEDOISME

Kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan diistilahkan sebagai budaya hedonisme. Budaya yang mengutamakan aspek keseronokan diri ini seperti memiliki barangan yang berjenama, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya itu sememangnya mempesonakan dan menggiurkan golongan remaja. Gejala sosial yang kian membimbangkan pelbagai pihak ini dikesan dirangsang oleh pengaruh iklan, rakan-rakan serta keadaan persekitaran. Sungguhpun keinginan untuk hidup senang dan mewah adalah sebahagian daripada naluri semula jadi manusia, namun bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan itu tidak boleh dibiarkan terus menular dan membudaya dalam masyarakat kita. Ini kerana budaya hedonisme boleh mengakibatkan pelbagai gejala negatif. Di samping ia boleh menjerumuskan masyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan berhutang dan fitnah menfitnah, budaya hedonisme juga berpotensi membuat manusia leka dan lalai daripada melaksanakan kewajipan

Puisi Moden T4 - Harga Remaja- Rahman Shaari

Maksud Rangkap 1 Penyajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan. Rangkap 2 Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi dengan kelalian atau digunakan untuk menuntut ilmu. Rangkap 3 Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian. Berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu. Rangkap 4 Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna. Tema- ketinggian nilai usia remaja berdasarkan pengisian usia muda. Zaman remaja ialah zaman paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan sesuatu yang baik. Remaja juga mesti berani berpendirian dan berilmu pengetahuan serta mempunyai hala tuju. Persoalan 1. Persoalan tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan. 2.Persoalan jati diri remaja. 3.Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan. 4. Persoalan hala tuju hidu