Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Latihan kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'

Arahan: Isikan tempat kosong dengan kata pemeri 'ialah' atau 'adalah' . Jika kedua-dua perkataan itu tidak diperlukan dalam ayat tersebut, jangan tulis apa-apa. 1 . Bola sepak  __________ sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma yang akan datang. 2. Beliau __________ orang yang pertama sampai ke kemuncak Gunung Everest. 3. Kaum lelaki __________ elemen terpenting dalam pembangunan negara. 4. Institut itu __________ merupakan sebuah institusi penyelidikan swasta. 5. Kursus ini __________ untuk menerangkan konsep pembentukan kata. 6. Pilihan raya __________ detik bersejarah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat. 7. Dunia ini __________ fana. 8. Keputusan pengadil __________ muktamad. 9.  Buku tersebut ___________ kepunyaan Abdullah. 10. Pada pendapat saya Abu ___________ seorang yang suka berjenaka. 11. Bangunan Blok G SMK King George V  ___________   bangunan  sekolah kedua yang diisytiharkan sebagaiWarisan Negara . Pesanan -

TATABAHASA - Kata pemeri

Ka ta pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.  Kekeliruan penggunaan kedua-dua kata ini dapat dikategorikan seperti yang berikut:  1). Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah Contoh: Anak adalah anugerah Allah. (Salah) Anak ialah anugerah Allah. (Betul) Pak Mat adalah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Salah) Pak Mat ialah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul) Matlamat AMAN adalah pembinaan masyarakat sejahtera. (Salah) Matlamat AMAN ialah pembinaan masyarakat sejahtera. (Betul 2) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah Contoh: Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah) Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul) Persembahan itu ialah baik. (Salah) Persembahan itu adalah baik. (Betul) --Kata pemeri   adalah   hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama  

TATABAHASA - rangkai kata umum berimbuhan

i. Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan. Contoh: diambil alih, menerima pakai, kenal pastikan, diguna semula. ii. Kata yang menerima apitan ditulis ebagai satu perkataan. Contoh: pengambilalihan, pengenalpastian, pengemaskinian.

TATABAHASA

PENULISAN KATA BAHASA MELAYU a. Rangkai kata umum_ semua frasa atau rangkai kata sama ada dua perkataan atau lebih hendaklah ditulis terpisah. Contohnya; jalan raya, lebuh raya, bandar raya, kereta api, ambil alih, susun atur, maklum balas, tengah hari, warga kota, atur cara, sari kata, urus setia, reka bentuk, kemas kini. b. Kata yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya: kerjasama, kakitangan, sukarela, matahari, setiausaha, warganegara, antarabangsa, bumiputera, suruhanjaya, pesuruhjaya, tandatangan, tanggungjawab, jawatankuasa, olahraga, beritahu.

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Azam.             Pada tahun ini saya berazam untuk mengaktifkan semula blog ini . Mungkin niat semasa mula-mula membina blog ini tidak betul menyebabkan kurangnya istiqamah. Maka pada tahun ini saya berharap dapat memuat naik bahan setiap hari sama ada yang dibina sendiri mahupun yang dikongsi dengan blog lain.