Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

TATABAHASA - Kata pemeri

Ka ta pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.  Kekeliruan penggunaan kedua-dua kata ini dapat dikategorikan seperti yang berikut:  1). Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah Contoh: Anak adalah anugerah Allah. (Salah) Anak ialah anugerah Allah. (Betul) Pak Mat adalah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Salah) Pak Mat ialah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul) Matlamat AMAN adalah pembinaan masyarakat sejahtera. (Salah) Matlamat AMAN ialah pembinaan masyarakat sejahtera. (Betul 2) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah Contoh: Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah) Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul) Persembahan itu ialah baik. (Salah) Persembahan itu adalah baik. (Betul) --Kata pemeri   adalah   hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama  

TATABAHASA - rangkai kata umum berimbuhan

i. Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan. Contoh: diambil alih, menerima pakai, kenal pastikan, diguna semula. ii. Kata yang menerima apitan ditulis ebagai satu perkataan. Contoh: pengambilalihan, pengenalpastian, pengemaskinian.

TATABAHASA

PENULISAN KATA BAHASA MELAYU a. Rangkai kata umum_ semua frasa atau rangkai kata sama ada dua perkataan atau lebih hendaklah ditulis terpisah. Contohnya; jalan raya, lebuh raya, bandar raya, kereta api, ambil alih, susun atur, maklum balas, tengah hari, warga kota, atur cara, sari kata, urus setia, reka bentuk, kemas kini. b. Kata yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya: kerjasama, kakitangan, sukarela, matahari, setiausaha, warganegara, antarabangsa, bumiputera, suruhanjaya, pesuruhjaya, tandatangan, tanggungjawab, jawatankuasa, olahraga, beritahu.

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Azam.             Pada tahun ini saya berazam untuk mengaktifkan semula blog ini . Mungkin niat semasa mula-mula membina blog ini tidak betul menyebabkan kurangnya istiqamah. Maka pada tahun ini saya berharap dapat memuat naik bahan setiap hari sama ada yang dibina sendiri mahupun yang dikongsi dengan blog lain.