Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

KATA NAFI

Kata Nafi KATA NAFI 1. MAKSUD: Kata naïf ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu. 2. JENIS KATA NAFI: Tidak : Untuk kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja Bukan : Untuk kata/ frasa nama dan kata/frasa sendi dan hubung 3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI: a. ‘tidak’ hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja. Salah: i-Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar . (adjektif) ii-Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat. (adjektif) iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki bukan tidur. (kerja) Betul: i-Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar. (adjektif) ii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat. (adjektif) iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki tidak tidur. (kerja) b. ‘bukan’ hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa nama dan kata/ frasa sendi & hubung. Salah: i-Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton. (nama) ii-Pelajar perempua

CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif. 1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya. Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya. 2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya. Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut. 3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut. Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu. 4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu. Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis. 5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik. Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum aw

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

A. AYAT AKTIF: i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat) ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’. iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat) B. AYAT PASIF: i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat). ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan. Contoh : i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua) iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

CONTOH HUKUM DM YANG SALAH

4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah: i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengan goreng pisang yang masih panas. ii. Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut. iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.

HUKUM DM

3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM: i. Kesalahan kerana meletakkan ‘sifat di hadapan’ manakala ‘benda di belakang”. Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris) - dia menaiki mini bas . -makan di Aisyah Restoran . -makan Maggie mee . -naik Mara Ekspress -bercicahkan cili sos . -membeli goreng pisang . -di Ah Kong kedai basikal. -berbincang lain hal . Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia) -dia menaiki bas mini. -makan di Restoran Aisyah. -makan mi Maggie. -naik Ekspress Mara. -bercicahkan sos cili. -membeli pisang goreng. -di kedai basikal Ah Kong. -berbincang hal lain. ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan “benda di hadapan” dan “benda yang digandakan”. Contoh: Salah: (salah kerana ‘sifat’ digandakan) -hal lain-lain -perkara lain-lain -peristiwa lain-lain -buku lain-lain-buku bacaan lain-lain Contoh: Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan) - lain-lain hal - lain-lai

HUKUM DITERANGKAN MENERANGKAN / DM

FRASA DM DAN HUKUM DM: 1. MAKSUD: a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris. b. D bermaksud ‘dibuat’ atau ‘benda/ perkara/objek”. M pula bermaksud ‘membuat” atau ‘sifat benda’ itu. c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana “benda mendahului sifatnya”. 2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM : Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat') Contoh: -Rumah saya -Kereta baru -Bebola ikan -Lampu kereta -Buku teks -Kereta Proton -Idea baru Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia. Contoh: -Saya rumah (my house) -Baru kereta (new car) -Ikan bebola (fish ball) -Kereta lampu (car lamp) -Teks buku (text books) -Proton kereta (proton cars) -Baru idea (new idea)

RUMUSAN

TEKNIK MENULIS PENGENALAN RUMUSAN. SILA LAYARI BLOG BERIKUT:

TATABAHASA

TATABAHASA BAHASA MALAYSIA ATAU BAHASA MELAYU PMR SPM 1. A. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA:

Blog soalan Bahasa Melayu

Banyak blog soalan Bahasa Melayu yang boleh anda ikuti . Semuanya boleh anda cuba jawab dan hantar jawapan itu kepada saya untuk saya semak dan beri markah. Anda buat anda dapat.

Soalan 3

3 Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan. Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme. Tema - semangat patriotisme Kata kunci - langkah-langkah untuk menyuburkan semangat ini di kalangan masyarakat Pendahuluan - berikan definisi semangat patriotisme Isi-isi- 1. pendidikan sejarah 2. lawatan ke tempat-tempat bersejarah 3. sambutan kemerdekaan 4. sorotan ke negara lain. jadikan teladan negara berperang, miskin dan bencana alam. 5. kempen bersyukur dengan nikmat kemakmuran, perpaduan dan keamanan 6. perintah mengelak mencemuh atau memburukkan negara sendiri walau apa cara sekalipun. 7. iklan di berbagai-bagai media tentang pentingnya rela berkorban nyawa dan harta benda demi mempertahankan negara tercinta. Kesimpulan- warga yang baik dan taat pasti ada semangat ini. Tanpa semangat ini runtuhlah negara dan hilang lenyaplah bangsa.

Rangka soalan 2

2 Masyarakat kini lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang sedikit jika dibandingkan dengan masyarakat dahulu yang lebih suka mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Berikan pandangan anda sebab-sebab hal ini berlaku dan kesan-kesannya. Tema - keluarga Kata kunci- berikan pandangan/pendapat sebab dan kesan Pendahuluan- definisi keluarga sedikit dan ramai. Isi-isi- 3 sebab 1. kos penjagaan anak meningkat 2. kedua-dua ibu bapa bekerja dan mementingkan kerjaya. 3. kahwin lewat, sukar mendapat anak ramai kerana kurang subur. Isi-isi - 2 kesan 1. negara makin kurang penduduk 2. daya beli kurang menjejaskan ekonomi negara Kesimpulan- ada baik dan buruk mempunyai anak sedikit. Tapi nabi menyukai umatnya ramai dan berkualiti

Kata kunci soalan

1.Masalah kegemukan atau obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius. Menurut kajian yang telah dilakukan, sebanyak 20% daripada 26 juta rakyat negara ini menghadapi masalah kegemukan. Huraikan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas. Tema- menjadi remaja yang sihat dan cergas Kata kunci - huraikan usaha-usaha Rangka - Pendahuluan - berikan definisi remaja sihat dan cergas Isi-isi 1. jaga pemakanan-makanan seimbang-makanan berzat-makanan halal-piramid makanan-makanan yang bersih-masa makan- makan cara nabi- berhenti makan sebelum kenyang. 2. amalan senaman- senaman secara berterusan- senaman mengikut kemampuan-senaman untuk kecergasan-riadah . 3. pendidikan rohani- sihat fizikal dan mental- pendidikan agama yang mencukupi menjadi benteng kepada penyakit sosial spt dadah, merokok, akhlak rosak dan sebagainya 4. pemilihan kawan- kawan yang sihat, berakhlak, kuat beragama dan mentaati Allah. 5. pendidikan kesihatan dan jasmani yang ma

Aduhai pelajarku !

Assalamualaikum. Selesai sudah saya mengedarkan kembali kertas jawapan percubaan SPM 2010 BM kepada pelajar di ketiga-tiga kelas yang saya kendalikan. Ada yang suka dan ada yang sugul. Mereka yang berani akan tampil meminta penjelasan. Bagi yang malu pasti terus sesat jalan. Seperti kebanyakkan pelajar lain jika markah mereka banyak, jawapannya no komen. Jika sikit akan meminta penjelasan lanjut atau paling tidak 'markah kesian'. Jika dalam peperiksaan sebenar pasti mustahil untuk dilakukan. Jadi sementara belum tiba peperiksaan sebenar, anda boleh mengubahnya. Masa masih ada. Jangan berhenti berusaha. Peperiksaan sebenar belum tiba. Dalam catatan seterusnya saya akan terangkan kenapa markah anda kurang? Jadi marilah kita renungi bersama.