Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

BIDALAN

- jenis peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya. -tidak mengandung sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan. Contohnya, 1- ada gula ada semut 2- ada udang di balik batu 3- air dicencang tiada putus 4- air susu dibalas dengan air tuba 5- alang-alang berdakwat biar hitam 6- alah membeli menang memakai 7- awal dibuat akhir diingat

PEPATAH

-jenis peribahasa yang berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan. Contohnya. 1- ayam terlepas, tangan bau tahi 2- berani kerana benar, takut kerana salah 3- berat sama dipikul, ringan sama dijinjing 4- buang yang keruh, ambil yang jernih 5- harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

PERUMPAMAAN

-jenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata. -biasanya mengandungi kata-kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama. -contohnya 1- bagai aur dengan tebing 2- bagai bunyi cempedak jatuh 3- bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. 4- laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak. 5- seperti abu di atas tunggul 6- umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi. 7- umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua.

BANDINGAN

-Jenis peribahasa yang maknanya dinyatakan dengan amat jelas dan terus terang secara membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Contohnya, 1- adil laksana hakim 2- busuk seperti bangkai 3- cantik bagai bidadari 4- degil seperti keldai 5- garang seperti singa 6- halus seperti kuman 7-masam seperti cuka 8- tinggi seperti galah 9- zalim seperti Firaun 10- pahit seperti hempedu

SIMPULAN BAHASA

-Simpulan bahasa merupakan jenis peribahasa yang palaing mudah dan ringkas. Biasanya terdiri daripada dua patah perkataan. Contohnya, 1- anak buah 11- mata duitan 2- bekas tangan 12- naik darah 3- cepat tangan 13- otak kering 4- darah daging 14- pekak badak 5- gaji buta 15- rambang mata 6- hidung tinggi 16- saudara anjing 7- isi hati 17- telingan nipis 8- jauh hati 18- senapang bambu 9- kucing bertanduk 19- ringan kepala 10- lintah darat 20- mencuit hati

PERIBAHASA

Maksud peribahasa 1-Peribahasa merupakan susunan kata-kata yang teratur, sedap didengar dan cukup bermakna. 2-Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masayarakat. 3-Peribahasa digunakan sebagai kiasan, teladan dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa selalu digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan. Jenis-jenis peribahasa i- simpulan bahasa ii-perumpamaan iii-bandingan iv-bidalan v-pepatah

PEDOMAN BAHASA

Penggunaan kata hubung berpasangan [...catatan Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim] Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang hadir dalam ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada sepasang perkataan. Satu kata hubung hadir di bahagian hadapan ayat, yakni dalam ayat pertama, manakala yang kedua hadir kemudian dalam ayat kedua. Contohnya ialah pasangan “lebih baik...daripada” dalam ayat “Lebih baik mereka pergi dengan bas daripada memandu kereta sendiri.” Lazimnya makna yang dibawa membawa maksud yang bertentangan. Contoh ayat kedua ialah “Daripada kita makan gaji, lebih baik bekerja sendiri.” Seterusnya ialah pasangan “sama ada ... atau”, seperti dalam ayat “Sama ada berita itu benar atau tidak belum pasti,” dan “Dia belum menyatakan sama ada akan meneruskan perjalanan atau bermalam di sini.” Contoh kata hubung pasangan yang ketiga ialah “adakah/apakah ... atau (pun)”, seperti dalam ayat ini: “Adakah berita ini benar atau (pun) khabar angin semata-mata?

PEDOMAN BAHASA

Perkataan "justeru" dalam ayat [...catatan Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim] “Justeru” membawa dua makna. Pertama, “justeru” bermakna kebetulan, tepat, kena benar. Contoh dalam ayat, seperti yang diberikan oleh Kamus Dewan ialah: "Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?” Makna kedua ialah malahan , bahkan . Contoh dalam ayat: "Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia". Di Malaysia kadang-kadang orang menggunakan “justeru” yang membawa makna seperti “oleh itu”, misalnya dalam ayat berikut: “Saya tidak bersetuju dengan pandangannya. Justeru, saya tidak menyokong cadangan itu.” Di sini “justeru” telah disamakan dengan ungkapan “oleh itu”, dan diberikan koma selepasnya. Penggunaannya tidak sama dengan dua makna yang dihuraikan di atas.

PEDOMAN BAHASA

Perbezaan antara `baru’ dengan `baharu’ 'Baru' ialah kata bantu manakala 'baharu' ialah kata adjektif. 'Baru' kalau diterjemahkan ke bahasa Inggeris membawa maksud just , manakala 'baharu' pula membawa maksud new . Dalam erti kata lain, 'baru' berkaitan dengan tempoh masa yang belum lama berlalu seperti dalam contoh berikut: i. Mereka baru sahaja berkenalan. ii. Dia baru tiba dari Pulau Pinang. iii. Mesyuarat itu baru sahaja selesai. Manakala 'baharu' ( new ) pula merupakan kata adjektif yang menerangkan keadaan sesuatu yang berlawanan sifatnya dengan 'lama' atau 'buruk' seperti yang terdapat dalam contoh berikut: kereta baharu, baju baharu, majalah baharu, pelajar baharu, guru baharu, kaedah baharu, teknologi baharu dan sebagainya. Dari segi morfologi, kata 'baru' tidak boleh menerima imbuhan tetapi boleh menerima bentuk gandaan, iaitu 'baru-baru' seperti dalam ayat:

PEDOMAN BAHASA

Perbezaan antara ‘ialah’ dengan ‘adalah’ Kata pemeri ‘ialah’ digunakan secara persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti dalam ayat berikut: “Itu ialah suara Edah”. ‘Ialah’ dalam ayat ini merupakan persamaan antara subjek ayat ‘itu’ dengan predikat ayat ‘suara Edah’ yang merupakan frasa nama. ‘Adalah’ pula, digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti dalam ayat berikut: “Vitamin C adalah baik untuk kesihatan badan”. ‘Adalah’ dalam ayat ini menghuraikan ‘vitamin C’ yang hadir sebelum frasa adjektif ‘baik untuk kesihatan badan’.

PEDOMAN BAHASA

Antara “tonggak” dengan “tunggak” Kedua-dua kata “tonggak” dan “tunggak” mempunyai makna yang berbeza. “Tonggak” ialah kata nama yang bersifat polisemi, iaitu yang mempunyai lebih dari satu makna. Dalam cogan kata “Bahasa Tonggak Tamadun Bangsa”, “tonggak” membawa maksud kiasan yang seerti atau sinonim dengan “asas”. Oleh itu, cogan kata di atas bermaksud “Bahasa Asas Tamadun Bangsa”. Kata “tunggak” bermaksud “bahagian batang yang masih tinggal di dalam tanah selepas ditebang atau tumbang. Kata “tunggak” sinonim dengan “tunggul”. Kata “tunggak” juga membawa maksud kiasan yang sinonim dengan “baki”. Kata “tunggak” yang bermaksud kiasan ini, lebih kerap digunakan dalam bentuk terbitan seperti “tertunggak” dan “tunggakan” yang membawa maksud “kerja yang belum dihabiskan” atau “hutang yang belum berbayar”, seperti dalam contoh: “menjelaskan saman tertunggak” dan “kes tunggakan pinjaman”.

MEMBINA AYAT

Menggabungkan ayat Tulis semula ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud dan susunan ayat-ayat itu. Iklan memainkan peranan. Peranan iklan sangat penting. Iklan mempengaruhi pengguna. Pengguna membeli barangan. Pengguna menggunakan perkhidmatan. Iklan mempunyai kuasa yang tersembunyi. Iklan mampu mendorong pengguna membeli sesuatu barangan. Barangan itu sebenarnya tidak diperlukan. Kini, bidang pengiklanan di negara ini telah menjadi industri. Industri ini mendatangkan keuntungan. Industri ini cepat berkembang. Memisahkan ayat Baca petikan di bawah ini dengan teliti kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab menyelaraskan projek dan aktiviti pengembangan bahasa kebangsaan di peringkat negeri. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka diamanahkan juga untuk membina kesedaran da

KARANGAN RANGSANGAN

ANALISIS SOALAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN SPM 2010 (Soalan Percubaan Negeri-negeri) Analisis Soalan Karangan Bahagian (A) Peperiksaan Percubaan BM SPM Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2010 Bil. Negeri/Institusi Isu Fokus soalan Isi Dalam Bahan Rangsangan 1. Perlis Kemalangan jalan raya Punca-punca Tiada isi diberikan, cuma dipaparkan ilustrasi tentang kemalangan jalan raya 2. Kedah Aktiviti khidmat masyarakat Faedah-faedah - membina sikap sukarela – Modul Khidmat Komuniti Program Khidmat Negara - mengukuhkan semangat kerjasama – aktiviti gotong-royong - memupuk perasaan cinta akan alam sekitar – aktiviti kokurikulum 3. Pulau Pinang Remaja cemerlang Ciri-ciri - mementingkan ilmu - menghormati ibu bapa - yakin diri 4. Perak Sambutan kemerdekaan negara Kebaikan-kebaikan - memupuk semangat patriotik - menghargai jasa pemimpin - memupuk perpaduan 5. Selangor Semangat kejiranan Usaha-usaha untuk memupuk - bergotong-royong - amalan ziarah-menziarahi - rumah terbuka

SOALAN 3 e KERTAS 2- PERIBAHASA

PERIBAHASA Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah: A. Membina ayat daripada peribahasa: Contoh: 1. bagai menatang minyak yang penuh Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa. 2. seperti katak di bawah tempurung Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung. 3. seperti paku dengan penukul Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. 4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi: Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi. 1. Pak Hassan terkej

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 – Amalan Gaya Hidup Sihat Dengan berdasarkan Soalan Percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) beberapa buah negeri, antara isu yang perlu difokuskan ialah amalan gaya hidup sihat. Antara negeri yang memfokuskan isu tersebut ialah Terengganu dan Negeri Sembilan . Di samping itu, soalan negeri Pahang turut memfokuskan isu yang sama tetapi dalam bahagian B iaitu soalan 2 yang berkaitan dengan peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat (berformat ceramah). Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Kertas 1 Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu negeri Terengganu 2010). Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu . Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Rangka Karangan Pendahuluan - kepentingan amalan gaya hidup sihat Isi-isi - amalan

Isu-isu menarik

Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia. Dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya . Format penulisan : bebas/ tidak terikat dengan mana-mana format penulisan Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan Kehendak soalan : sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan langkah-langkah mengatasinya Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Pekara ini menjadi lumrah terutamanya di kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat nasionalisme dikalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba menyelami punca-punca berlak

LAGI KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010

P.PINANG BM 1 P.PINANG BM 2 NEGERI 9 BM 1 NEGERI 9 BM 2 SABAH BM 1 SABAH BM 2 JOHOR BM 1 JOHOR BM 2

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010

PERLIS BM 1 PERLIS BM 2 PERAK BM 1 PERAK BM 2 PAHANG BM 1 PAHANG BM 2 MRSM BM 1 MRSM BM 2 SBP BM 1 SBP BM 2 KELANTAN BM 1 & 2 TERENGGANU 1 & 2 SELANGOR BM 1 SELANGOR BM 2 WPK LUMPUR BM 1 WPK LUMPUR BM 2 KEDAH BM 1 & 2 MELAKA BM 1 SET 1 MELAKA BM 1 SET 2

KATA NAFI

Kata Nafi KATA NAFI 1. MAKSUD: Kata naïf ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu. 2. JENIS KATA NAFI: Tidak : Untuk kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja Bukan : Untuk kata/ frasa nama dan kata/frasa sendi dan hubung 3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI: a. ‘tidak’ hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja. Salah: i-Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar . (adjektif) ii-Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat. (adjektif) iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki bukan tidur. (kerja) Betul: i-Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar. (adjektif) ii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat. (adjektif) iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki tidak tidur. (kerja) b. ‘bukan’ hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa nama dan kata/ frasa sendi & hubung. Salah: i-Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton. (nama) ii-Pelajar perempua