Soalan 2 (b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

RIPIN :Wak masuk hutan minggu lepas?(Melihat longgokan akar kayu dihujung beranda)

TUK WALI :Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi!

RIPIN :Dah berpuluh tahun diredah, wak! Tak ada siapa pulak yang menanam semula.

TUK WALI :Kalau ikut petua, ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada lagi. Bila aku cakap pasal pantang larang, semua orang ketawa. Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan. Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan … dah hilang rasa hormat mereka pada alam!

RIPIN :Petua yang mana , wak?

TUK WALI :Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. Kalau hati belum pasti, jangan cantas.Kalau belum mengenal, berkenal dulu.

RIPIN :Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!

TUK WALI :Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. (Kesal) Yang langgar pantang, anak cucu aku jugak. Cakap aku ni tak dihargai langsung. (Marah) Si Berahim anak tiri aku tu! Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu! Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali, dikenalkannya rancang besi, rancang tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya tengkuk biawak!

RIPIN :Masya- Allah! Semuanya diajar, wak?

TUK WALI :Semuanya, Ripin! Kau tahu apa dah jadi? Berahim masuk hutan bekal tali sigai dengan kayu umpil, tapi Si Guan masuk hutan dengan traktor, bawa buruh lagi dua tiga orang. Pokok besar betis ni, besar tiang rumah tu, habis dicabut. Bila cabut induk, mana nak datang benih?

(Dipetik daripada drama Gelanggang Tuk Wali

karya Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja)

(i) Nyatakan pendirian Tuk Wali terhadap alam sekitar.

(2 markah)

(ii) Jelaskan pendapat anda tentang kebaikan perubatan tradisional berbanding dengan perubatan

moden.

(3 markah)

(iii) Huraikan satu perwatakan Tuk Wali dalam petikan dan satu perwatakan yang lain yang terdapat dalam keseluruhan drama tersebut.

(4 markah)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD