PENYAKIT KANSER

Penyakit kanser merupakan pembunuh nombor dua di Ameika Syarikat (selepas sakit jantung). Jumlah kematian disebabkan kanser pada tahun 2006 adalah 564,830 orang atau 1,500 orang sehari. Walaupun sebanyak US$25 billion telah dibelanjakan untuk penyelidikan kanser di antara tahun 1982 - 2002, kematian yang disebabkan oleh kanser telah meningkatkan dalam tempoh yang sama. Anda mungkin bertanya apakah tiada kemajuan dicapai di dalam penyelidikan tersebut? Ada, tetapi kebanyakannya di dalam bidang pengesanan kanser seperti mamografi untuk kanser payudara dan ujian PSA untuk kanser prostat.

Bagaimana dengan Malaysia? Pada tahun 2003, angka kematian bagi kes yang dirujuk kepada hospital kerajaan adalah 2,800 orang. Seperti juga di Amerika, kanser merupakan pembunuh nombor dua selepas sakit jantung (8,700 orang). Adakah pengesanan awal sahaja harapan kita? Pencegahan adalah lebih baik dari pengubatan.

Di laman ini kami bawakan artikel-artikel mengenai penyakit kanser sebagai pengetahuan untuk membantu anda mengurangkan risiko mendapat kanser. Artikel yang paling terkini disenaraikan paling atas dalam senarai di bawah:

Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.

Info Penting Mengenai Kanser - Bhg. 1

Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing- masing. Sel kanser ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Sel kanser hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.

Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah bagi mencegah penyakit kanser:

  1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali di dalam hayatnya.
  2. Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser dari membiak dan membentuk tumor.
  3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.
  4. Perubahan diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh
    mengekalkan kesihatan sistem imun.

  5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang
    sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan
    rawatan radiasi.

  6. Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi
    melalui:
    • Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli.
    • Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan
      putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam laut atau garam
      bukit.

    • Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.
    • Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan
      daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikit
      ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan
      parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.

      Sejak bertahun dipercayai bahawa keturunan (genetik) merupakan faktor utama yang menyumbang kepada risiko seseorang akan mengidap kanser. Kajian terbaru mendapati bahawa kira-kira 90% dari pengidap kanser tidak mempunyai sejarah kanser dalam keluarga mereka. Kajian tersebut juga mendapati bahawa penyumbang terbesar kepada risiko kanser adalah faktor persekitaran seperti merokok, permakanan, infeksi, arak, dadah, bahan kimia, tekanan dan radiasi.

      Berikut disenaraikan maklumat tambahan yang anda perlu tahu mengenai
      kemoterapi dan radiasi:

    • Rawatan awal kemoterapi dan radiasi biasanya dapat mengecilkan saiz tumor. Namun begitu penggunaan kemoterapi dan radiasi yang berpanjangan tidak menjamin lebih kemusnahan tumor.
    • Kemoterapi dan radiasi meninggalkan banyak toksid yang boleh menjejaskan atau memusnahkan sistem imun, jesteru pesakit akan terdedah kepada pelbagai jangkitan dan masalah kesihatan.
    • Kemoterapi dan radiasi juga boleh menyebabkan sel kanser membina
      sistem pertahanan sendiri yang membuat ia lebih susah dimusnahkan.
Kita teruskan dengan langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan mengatasi masalah kanser:

Sistem imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit kanser. Sistem imun mempunyai sel dinamakan "Sel NK (pembunuh semulajadi)", yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser. Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, kita mendapat penyakit kanser. Kesihatan sel NK terjejas oleh faktor persekitaran yang dinyatakan di atas.

Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun dan
seterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali, atau persekitaran yang tidak baik untuk pertumbuhan sel kanser. Untuk memperolehi enzim bagi membina sel yang sihat, anda boleh meminum jus sayuran segar 2 atau 3 kali sehari. Enzim dari sayuran segar akan rosak pada suhu 104 darjah F (40 darjah S). Buah atau jus hendaklah diambil sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mengambil makanan ruji.

Beberapa makanan tambahan (Transfer Factor, IP6, Plant Polysaccharide, Echinacea, cendawan Shiitake, Cordyceps dll. ) telah dibuktikan (melalui ujian makmal) dapat memulihkan kesihatan sel NK. Untuk lebih berkesan ia perlu diambil bersama antioksidan dan coenzyme Q10.

Ingin bersama kami memerangi kanser? Jika ya, mula makan sihat dan
hidup sihat sekarang!!!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD