HUKUM DM

3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM: i. Kesalahan kerana meletakkan ‘sifat di hadapan’ manakala ‘benda di belakang”. Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris) - dia menaiki mini bas. -makan di Aisyah Restoran. -makan Maggie mee. -naik Mara Ekspress -bercicahkan cili sos. -membeli goreng pisang. -di Ah Kong kedai basikal. -berbincang lain hal. Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia) -dia menaiki bas mini. -makan di Restoran Aisyah. -makan mi Maggie. -naik Ekspress Mara. -bercicahkan sos cili. -membeli pisang goreng. -di kedai basikal Ah Kong. -berbincang hal lain. ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan “benda di hadapan” dan “benda yang digandakan”. Contoh: Salah: (salah kerana ‘sifat’ digandakan) -hal lain-lain -perkara lain-lain -peristiwa lain-lain -buku lain-lain-buku bacaan lain-lain

Contoh: Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan)

-lain-lain hal -lain-lain perkara -lain-lain peristiwa -lain-lain buku -lain-lain buku bacaan

Contoh:

Betul: (betul kerana ‘benda’ di depan dan ‘benda’ digandakan) -hal-hal lain -perkara-perkara lain -peristiwa-peristiwa lain -buku-buku lain -buku-buku bacaan lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD