SLIP KEPUTUSAN

Selepas markah dimasukkan dalam ISIS, saya perlu mencetak keputusan pelajar 5ST . Slip keputusan pertengahan tahun saya edarkan kepada setiap pelajar tersebut.Tahniah kepada yang cemerlang. Kata-kata semangat kuberikan kepada yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan. Masih ada masa untuk SPM 2010. Paling penting semangat tidak putus asa dan mahu berubah.
Ada yang puas hati dan ada yang sugul.
Seterusnya, analisa keseluruhan tingkatan 5 bagi subjek BM. Pihak JPN ingin mendapat maklumat melalui taklimat oleh ketua panitia. Tiba hari dan masa yang telah diaturkan, saya alami sakit kepala secara tiba-tiba. Tapi saya tahan juga sehingga ke petang. Namun sebelum ke bilik mesyuarat saya terpaksa wakilkan saja kerana sakit itu tiada tertahan lagi. Saya cari ubat panadol tapi tiada di sekolah.
Mungkin ada yang menganggap saya gementar. Maklumlah pertama kali bersemuka dengan pihak JPN. Sebenarnya saya tidak biasa dengan suhu bilik guru yang agak sejuk. Mungkin badan saya mengalami kejutan suhu menyebabkan saya sakit kepala. Saya fikir boleh tahan tetapi apabila hampir muntah kerana menahan pening dan sakit maka saya terpaksa mengalah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD