SEJARAH MENGAJAR BAHASA MELAYU SAYA

Saya mula mengajar bahasa Melayu sejak di SMK Riam Miri Sarawak. ketika itu saya mengajar kelas tingkatan 3 dan 4. Selepas itu iaitu pada tahun 1999 sehingga 2003, saya telah menjadi Guru Perpustakaan di sekolah yang sama. Jadi masa mengajar mata pelajaran BM kian singkat .
Apabila saya bertukar ke Perlis ( SMK TG Suleiman), saya telah mengajar BM di tingkatan 4 dan 6 rendah. Saya juga masih memegang jawatan Guru Perpustakaan dan Media sehingga tahun 2007.
Pada tahun 2008, saya telah mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas di IPDA dalam bidang Pengurusan Pusat Sumber Sekolah selama setahun.
Selepas itu pada tahun 2009 sehingga Mei 2010 , saya kembali ke sekolah asal. Mata pelajaran yang diberi ialah Pendidikan Seni tingkatan 1,2 dan 3, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 2 dan 3, Geografi tingkatan 1 dan Bahasa Melayu tingkatan 1 dan 2.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD