TEKA SILANG KATA


TAJUK:           TEKA SILANG KATA

Bahan bantu mengajar

1.         Majalah Wadah Siswa
2.         Borang Teka Silang Kata
3.         Kamus Dewan / Tatabahasa

Objektif
Pada akhir pelajaran, pelajar dapat

1.         Mencari perkataan berdasarkan maksud yang diberikan     
2.         Menyenaraikan lima kata adjektif yang ada dalam petikan  
3.         Membina lima ayat daripada kata adjektif yang disenaraikan.

 Aktiviti

1.         Induksi set - guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang suku kaum yang terdapat di negeri Sarawak.
2.         Pelajar membaca rencana di muka surat 49 Wadah Siswa.
3.         Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan.
4.         Guru mengedarkan bahan-bahan lain untuk perbincangan kumpulan.
5.         Setiap kumpulan diberikan tugasan yang berbeza.
6.         Guru menerangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh setiap kumpulan.

7.         Pelajar berbincang dalam kumpulan masing-masing.
8.         Pelajar membentangkan hasil tugasan kumpulan masing-masing.
9.         Guru membuat penilaian dan rumusan tentang hasil tugasan pelajar.
10.       Guru menerangkan perbezaan antara Kata Ganda Separa dengan Kata Ganda Penuh.
11.       Pelajar diminta membina ayat sendiri dengan menggunakan Kata Ganda yang telah dibincang.
12.       Guru mempamerkan hasil tugasan pelajar di papan kenyataan kelas.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD