Isnin, 6 Disember 2010

PERUMPAMAAN

-jenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata.
-biasanya mengandungi kata-kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama.
-contohnya
1- bagai aur dengan tebing
2- bagai bunyi cempedak jatuh
3- bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
4- laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.
5- seperti abu di atas tunggul
6- umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi.
7- umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan