Saya mohon bertukar ke sekolah lain
Saya fikir jika begitulah jadinya saya sebagai guru, agak rumit untuk menumpukan perhatian atau menguasai sesuatu mata pelajaran. Banyak subjek bagaikan 'cikgu rojak'. Teringat semasa saya menjadi guru sandaran kerana diberi pelbagai subjek tanpa mengambil kira opsyen saya. Oleh itu saya telah membuat refleksi semula selama beberapa hari .
Keputusannya, saya gagal mengubah pandangan pihak atasan terhadap diri saya. Jadi saya yang perlu berubah secara fizikal dan mental.Maka apabila KPM membuka laluan untuk bertukar melalui G-Tukar, saya pun mengambil kesempatan tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan