DULU ROJAK KINI MEE REBUS

Di sekolah lama saya mengajar pelbagai subjek. Kini di SMKDAA saya mengajar dan mendidik pelajar tingkatan 4 dan 5 dalam Bahasa Melayu sahaja.Walaupun jadual waktu telah bertukar 3 kali sejak saya masuk ke sekolah ini, nampaknya sukar untuk saya berpisah dengan subjek ini.
Subjek ini merupakan penentu lulus atau gagalnya seseorang pelajar dalam SPM. Jika lulus BM maka dapat sijil dan jika gagal, maka pelajar gagal memperoleh sijil SPM.
Nah!, Saya seakan terperangkap. Memikul amanah yang cukup besar bagi memastikan tiada pelajar yang kecundang dalam BM SPM. Secara kiasannya, kalau membuat rojak tidak perlu risau atau bermain dengan api. Tapi kini bagaikan bermain dengan api. Jika betul langkahnya maka api itu akan menjadi kawan. Jika tersilap langkah , terbakar diri sendiri. Ya Allah!, Aku bagaikan membuat mee rebus. Semoga Allah memberi hidayah kepadaku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD