TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

 SIRI 2

Bahasa Melayu Klasik

Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan.  Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. 'Adapun negeri  Melaka  itu  sukar binasa maka puas hatiku. Adapun  seperti  khabar  penjurit  tujuh  bersaudara yang  di  Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.'


Bahasa Melayu Standard

Tidak lama kemudian, Patih Gajah Mada mendengar bahawa penjurit tujuh bersaudara yang dititahkan oleh Seri Betara pergi ke Melaka telah mati. Patih berasa hairan. Patih Gajah Mada berfikir dalam hatinya. ‘ Walaupun negeri Melaka itu sukar dibinasakan dia berasa puas hati kerana dia yakin penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit Cina itu akan berjaya mengalahkan Melaka sekiranya mereka tidak mati.


Ulasan

  1. sudah ia berfikir maka patih ganja mada pun ingat akan petala bumi itu

    BalasPadam
  2. maka sembah bendahara mksdnya apa ya

    BalasPadam
  3. Setelah sudah is fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu.Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada Bini Petala Bumi bertanyakan anaknya Yang bernama kertala sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah. Mala orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi.

    BalasPadam
  4. Maka Laksamana pun berdatang sembah,“Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit itu.”

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD