TUKAR BHASA MELAYU KLASIH KE BAHASA MELAYU STANDARD

 Siri 4

Bahasa Melayu Klasik

Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut Dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, "Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?"

Dipetik daripada

Kepimpinan Melalui Teladan 


Bahasa Melayu Standard

Ketika itu, Kertala Sari sudah pulang/kembali dari Daha. Kertala Sari memperoleh begitu banyak harta seperti emas, perak, pakaian dan wang berpuluh-puluh juta dan banyak orang yang dicurinya. Sejurus sahaja tiba di rumah, Kertala Sari bertanya kepada ibunya, “ wahai ibu, ke mana perginya bapa kerana saya tidak melihatnya?”.



Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD