TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD

 SIRI 1 - KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Bahasa Melayu Klasik

Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada  dan peri mengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan Patih Gajah Mada hendak mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang  dirinya,  peri mengatakan  tatkala Laksamana membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang  tujuh  bersaudara  yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan.  Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya.


Bahasa Melayu Standard

Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada diberitahu oleh  peri, penjurit ketujuh

berkata kepada Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada bahawa dia hendak mengalahkan negeri Melaka itu seorang diri. Walau bagaimanapun, Laksama membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Tidak lama kemudian Patih Gajah Mada mendengar berita bahawa penjurit tujuh bersaudara yang dititahkan oleh Seri Betara ke Melaka itu sudah mati. Patih Gajah Mada berasa hairan dan berfikir dalam hatinya.













Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD