Soalan 1: Rumusan
[30 markah ] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani kenaikan harga barang keperluan pengguna dan faktor-faktor kegagalan usaha menangani isu tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Apabila kerajaan mengumumkan bonus atau kenaikan gaji untuk kakitangan perkhidmatan awam, semua kakitangan berasa lega dan gembira. Namun begitu, rasa lega dan kegembiraan itu tidaklah lama kerana nikmat daripada bonus atau kenaikan gaji tersebut seperti embun di hujung rumput. Hal ini disebabkan mereka dihantui oleh kenaikan harga barangan secara mendadak pula. Oleh itu, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna (KPDNHEP) telah menjalankan operasi mencegah kenaikan harga barangan pengguna. Pengguna hendaklah tidak membuat pembelian secara boros, iaitu membeli sesuatu barangan mengikut keperluan dan bukan mengikut nafsu. Cara begini akan membol...