Kertas 1 oh Kertas 1 - nasihat

Seperti yang sering disarankan oleh mana-mana guru BM , bagi Kertas 1 moleklah dijawab Bahagian B dulu . Semangat pelajar agak berkobar-kobar untuk menjawab. Fikiran masih segar. Idea melonjak-lonjak untuk keluar.
Maka karanglah Bahagian B dulu agar jumlah perkataan yang ditulis melebihi 350 patah perkataan. Tidak perlu kira jumlah perkataan yang telah ditulis kerana akan membazirkan masa.
Pastikan panjang karangan anda melebihi 2 muka surat kertas jawapan.Jika lebih , lagi baik. Andai jumlah perkataan melebihi 350 patah perkataan, pemeriksa mesti memeriksa juga bahagian berkenaan.
Tiada pemotongan markah jika menulis dengan panjang.
Kemungkinannya, karangan yang panjang banyak isi, huraian lengkap dan ada contoh. Tanggapan pemeriksa bermula dengan markah kriteria penskoran cemerlang.
Pelajar juga untung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD