HARI ISNIN 30/8/2010

Hari ini seperti kebanyakkan sekolah lain di Perlis akan mengadakan sambutan ulangtahun Kemerdekaan Malaysia.
Waktu pagi sehingga rehat dipenuhi dengan ucapan-ucapan mereka yang berkenaan . Para pentadbir sekolah akan menjadi wakil untuk membaca perutusan tersebut.
Selepas itu diikuti oleh nyanyian lagu-lagu patriotik termasuklah Negaraku, Amin-amin dan sebagainya.
Ada juga buat persembahan pentomen kemerdekaan bagi mengisi program pada hari ini.
Sungguh meriah, ramai pelajar dan guru yang mengambil bahagian.

Lepas rehat saya ada dua kelas hari ni. Satu dengan 4 MTM iaitu 2 masa . Ingat nak buat KOMSAS saja iaitu cerpen. Kemudian 2 masa dengan 5ST . Mungkin saya nak sambung ulasan soalan percubaan 2010.

Jadi dari pukul 10.40 sehinggalah 1.20 kenalah mengajar. Lepas itu 1.20 hingga 2.40 ada sikit masa senggang untuk semak latihan budak dan memasukkan markah percubaan dalam ISIS.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD