Catatan

TATABAHASA - Kata pemeri

Ka ta pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.  Kekeliruan penggunaan kedua-dua kata ini dapat dikategorikan seperti yang berikut:  1). Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah Contoh: Anak adalah anugerah Allah. (Salah) Anak ialah anugerah Allah. (Betul) Pak Mat adalah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Salah) Pak Mat ialah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul) Matlamat AMAN adalah pembinaan masyarakat sejahtera. (Salah) Matlamat AMAN ialah pembinaan masyarakat sejahtera. (Betul 2) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah Contoh: Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah) Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul) Persembahan itu ialah baik. (Salah) Persembahan itu adalah baik. (Betul) --Kata pemeri   adalah   hanya boleh diikuti ole...

TATABAHASA - rangkai kata umum berimbuhan

i. Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan. Contoh: diambil alih, menerima pakai, kenal pastikan, diguna semula. ii. Kata yang menerima apitan ditulis ebagai satu perkataan. Contoh: pengambilalihan, pengenalpastian, pengemaskinian.

TATABAHASA

PENULISAN KATA BAHASA MELAYU a. Rangkai kata umum_ semua frasa atau rangkai kata sama ada dua perkataan atau lebih hendaklah ditulis terpisah. Contohnya; jalan raya, lebuh raya, bandar raya, kereta api, ambil alih, susun atur, maklum balas, tengah hari, warga kota, atur cara, sari kata, urus setia, reka bentuk, kemas kini. b. Kata yang telah mantap ditulis sebagai satu perkataan. Contohnya: kerjasama, kakitangan, sukarela, matahari, setiausaha, warganegara, antarabangsa, bumiputera, suruhanjaya, pesuruhjaya, tandatangan, tanggungjawab, jawatankuasa, olahraga, beritahu.

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Azam.             Pada tahun ini saya berazam untuk mengaktifkan semula blog ini . Mungkin niat semasa mula-mula membina blog ini tidak betul menyebabkan kurangnya istiqamah. Maka pada tahun ini saya berharap dapat memuat naik bahan setiap hari sama ada yang dibina sendiri mahupun yang dikongsi dengan blog lain.

TEKA SILANG KATA

TAJUK:           TEKA SILANG KATA Bahan bantu mengajar 1.          Majalah Wadah Siswa 2.          Borang Teka Silang Kata 3.          Kamus Dewan / Tatabahasa Objektif Pada akhir pelajaran, pelajar dapat 1.          Mencari perkataan berdasarkan maksud yang diberikan      2.          Menyenaraikan lima kata adjektif yang ada dalam petikan   3.          Membina lima ayat daripada kata adjektif yang disenaraikan.  Aktiviti 1.          Induksi set - guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang suku kaum yang terdapat di negeri Sarawak. 2.          Pelajar...

GURU KREATIF PELAJAR AKTIF

Akronimnya ialah GKPA. Berhasrat melaksanakan P&P dalam suasana yang ceria dan berkesan. Menggunakan kaedah lama yang dijenamakan dan disuntik dengan bahan bantu yang terkini , kemas, terancang dan memberikan impak yang berkesan. GKPA - perlukan perancangan yang bersesuaian dengan sukatan.             - bahan yang terkini dan menarik minat pelajar seperti ICT, majalah, komik dan sebagainya.             - terdapat unsur didik hibur seperti nyanyian , lakonan, main peranan, teka-teki, permainan silang                kata dan banyak lagi.             - Pelajar memainkan peranan utama atau pelajar lebih banyak bercakap dan guru hanyalah               sebagai pemudah cara  den...

RMH 8 FEB 2012

RABU 8 / FEB / 2012 Subjek Bahasa Melayu 5 MTM 1.20- 2.40 Tajuk Komsas- Hikayat Langlang Buana Objektif 1.Pelajar dapat mengenal jalan cerita prosa tradisional dengan cepat dan tepat. 2. Pelajar dapat memberikan pendapat tentang tema dan persoalan prosa tersebut. Aktiviti 1.Berbincang 2. Sumbang saran 3. Latihan kefahaman BBM Buku Antologi Dirgahayu Bahasaku. KBT -menganalisis HP 7.4 Aras 1 (iv) dan 7.5 Aras 1 (v) Sis. Bahasa Bahasa klasik/ istana Refleksi Subjek Bahasa Melayu 5 SS 9.00 – 9.40 Tajuk Tatabahasa- Sintaksis Objektif 1. Pelajar dapat menggabungkan ayat. 2.Pelajar dapat memisahkan ayat. ...