Catatan

BIDALAN

- jenis peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya. -tidak mengandung sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan. Contohnya, 1- ada gula ada semut 2- ada udang di balik batu 3- air dicencang tiada putus 4- air susu dibalas dengan air tuba 5- alang-alang berdakwat biar hitam 6- alah membeli menang memakai 7- awal dibuat akhir diingat

PEPATAH

-jenis peribahasa yang berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan. Contohnya. 1- ayam terlepas, tangan bau tahi 2- berani kerana benar, takut kerana salah 3- berat sama dipikul, ringan sama dijinjing 4- buang yang keruh, ambil yang jernih 5- harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

PERUMPAMAAN

-jenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata. -biasanya mengandungi kata-kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama. -contohnya 1- bagai aur dengan tebing 2- bagai bunyi cempedak jatuh 3- bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. 4- laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak. 5- seperti abu di atas tunggul 6- umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi. 7- umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua.

BANDINGAN

-Jenis peribahasa yang maknanya dinyatakan dengan amat jelas dan terus terang secara membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Contohnya, 1- adil laksana hakim 2- busuk seperti bangkai 3- cantik bagai bidadari 4- degil seperti keldai 5- garang seperti singa 6- halus seperti kuman 7-masam seperti cuka 8- tinggi seperti galah 9- zalim seperti Firaun 10- pahit seperti hempedu

SIMPULAN BAHASA

-Simpulan bahasa merupakan jenis peribahasa yang palaing mudah dan ringkas. Biasanya terdiri daripada dua patah perkataan. Contohnya, 1- anak buah 11- mata duitan 2- bekas tangan 12- naik darah 3- cepat tangan 13- otak kering 4- darah daging 14- pekak badak 5- gaji buta 15- rambang mata 6- hidung tinggi 16- saudara anjing 7- isi hati 17- telingan nipis 8- jauh hati 18- senapang bambu 9- kucing bertanduk 19- ringan kepala 10- lintah darat 20- mencuit hati

PERIBAHASA

Maksud peribahasa 1-Peribahasa merupakan susunan kata-kata yang teratur, sedap didengar dan cukup bermakna. 2-Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masayarakat. 3-Peribahasa digunakan sebagai kiasan, teladan dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa selalu digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan. Jenis-jenis peribahasa i- simpulan bahasa ii-perumpamaan iii-bandingan iv-bidalan v-pepatah

PEDOMAN BAHASA

Penggunaan kata hubung berpasangan [...catatan Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim] Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang hadir dalam ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada sepasang perkataan. Satu kata hubung hadir di bahagian hadapan ayat, yakni dalam ayat pertama, manakala yang kedua hadir kemudian dalam ayat kedua. Contohnya ialah pasangan “lebih baik...daripada” dalam ayat “Lebih baik mereka pergi dengan bas daripada memandu kereta sendiri.” Lazimnya makna yang dibawa membawa maksud yang bertentangan. Contoh ayat kedua ialah “Daripada kita makan gaji, lebih baik bekerja sendiri.” Seterusnya ialah pasangan “sama ada ... atau”, seperti dalam ayat “Sama ada berita itu benar atau tidak belum pasti,” dan “Dia belum menyatakan sama ada akan meneruskan perjalanan atau bermalam di sini.” Contoh kata hubung pasangan yang ketiga ialah “adakah/apakah ... atau (pun)”, seperti dalam ayat ini: “Adakah berita ini benar atau (pun) khabar angin semata-mata?...