Catatan

CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif. 1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya. Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya. 2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya. Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut. 3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut. Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu. 4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu. Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis. 5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik. Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum aw...

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

A. AYAT AKTIF: i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat) ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’. iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat) B. AYAT PASIF: i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat). ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan. Contoh : i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua) iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

CONTOH HUKUM DM YANG SALAH

4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah: i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengan goreng pisang yang masih panas. ii. Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi tersebut. iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.

HUKUM DM

3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM: i. Kesalahan kerana meletakkan ‘sifat di hadapan’ manakala ‘benda di belakang”. Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris) - dia menaiki mini bas . -makan di Aisyah Restoran . -makan Maggie mee . -naik Mara Ekspress -bercicahkan cili sos . -membeli goreng pisang . -di Ah Kong kedai basikal. -berbincang lain hal . Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia) -dia menaiki bas mini. -makan di Restoran Aisyah. -makan mi Maggie. -naik Ekspress Mara. -bercicahkan sos cili. -membeli pisang goreng. -di kedai basikal Ah Kong. -berbincang hal lain. ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan “benda di hadapan” dan “benda yang digandakan”. Contoh: Salah: (salah kerana ‘sifat’ digandakan) -hal lain-lain -perkara lain-lain -peristiwa lain-lain -buku lain-lain-buku bacaan lain-lain Contoh: Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan) - lain-lain hal - lain-lai...

HUKUM DITERANGKAN MENERANGKAN / DM

FRASA DM DAN HUKUM DM: 1. MAKSUD: a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. Frasa dalam bahasa Malaysia adalah bertentangan dalam bahasa Inggeris. b. D bermaksud ‘dibuat’ atau ‘benda/ perkara/objek”. M pula bermaksud ‘membuat” atau ‘sifat benda’ itu. c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana “benda mendahului sifatnya”. 2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM : Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat') Contoh: -Rumah saya -Kereta baru -Bebola ikan -Lampu kereta -Buku teks -Kereta Proton -Idea baru Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia. Contoh: -Saya rumah (my house) -Baru kereta (new car) -Ikan bebola (fish ball) -Kereta lampu (car lamp) -Teks buku (text books) -Proton kereta (proton cars) -Baru idea (new idea)

RUMUSAN

TEKNIK MENULIS PENGENALAN RUMUSAN. SILA LAYARI BLOG BERIKUT:

TATABAHASA

TATABAHASA BAHASA MALAYSIA ATAU BAHASA MELAYU PMR SPM 1. A. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA: