Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat anderak besar. Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah muka anderak itu. Kerbau itu terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk dan keluar. Pintu anderak itu disumbat seorang segumpal tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. Kerbau yang di dalam anderak itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya.

Sampailah khabar kepada Merah Hasum bahawa Merah Silu bermain dengan binatang liar yang tidak disukai oleh orang ramai. Tempat itu diberi nama Kerbau Kampung. Merah Hasum memanggil seorang hamba, katanya, “Pergi engkau katakan kepada saudaraku, Merah Silu, apa gunanya bermain binatang yang tiada berguna kepada orang yang banyak itu. Dia memberi aku malu. Jika dia tiada mendengar kataku ini, nyahlah dia dari negeri ini, janganlah ia duduk bersama-sama aku.”

Hamba sahaya Merah Hasum menyampaikan nasihat itu kepada Merah Silu. Setelah mendengar dan menimbangkan kata-kata Merah Hasum itu, Merah Silu berfikir dalam hatinya, “Baiklah, jika Merah Hasum berkata demikian kepadaku, aku pun hendak mencari tempat diam

(Dipetik daripada ‘Merah Silu’

dalam antologi Harga Remaja, DBP.)

(i) Apakah maksud rangkai kata hendak mencari tempat diam?

(2 markah)

(ii) Mengapakah Merah Hasum berasa malu apabila Merah silu menangkap kerbau liar?

Kemukakan tiga sebab.

(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Merah Hasum menghalau Merah Silu dari kawasan itu?

Berikan tiga alasan anda.

(3 markah)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD