PEDOMAN BAHASA

Perbezaan antara ‘ialah’ dengan ‘adalah’

Kata pemeri ‘ialah’ digunakan secara persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti dalam ayat berikut:

“Itu ialah suara Edah”.

‘Ialah’ dalam ayat ini merupakan persamaan antara subjek ayat ‘itu’ dengan predikat ayat ‘suara Edah’ yang merupakan frasa nama. ‘Adalah’ pula, digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti dalam ayat berikut:

“Vitamin C adalah baik untuk kesihatan badan”.

‘Adalah’ dalam ayat ini menghuraikan ‘vitamin C’ yang hadir sebelum frasa adjektif ‘baik untuk kesihatan badan’.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD

TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD