Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Soalan 2 (d) – Petikan Puisi Tradisional

Pantun Empat Kerat (Budi) Terang bulan terang di paya, Anak kambing memakan rumput; Jika tak kenang kepada saya, Nama yang baik tidak disebut. Anak merak mati tersangkut, Mati dipanah Seri Rama; Resam di dunia juga disebut, Orang yang mati meninggalkan nama. Anak itik terenang-renang, Air pasang tenang-tenangan; Budi sedikit bila kan hilang, Itu menjadi kenang-kenangan. Anak ikan berlima-lima, Mati ditimpa punggur berdaun; Kasih tuan saya terima, Sebagai hutang seribu tahun. (Antologi Harga Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka.) (i) Jelaskan maksud yang hendak disampaikan oleh penulis dalam rangkap kedua pantun di atas. (2 markah ) (ii) Huraikan pendapat anda tentang perkara-perkara yang boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah dan budi pekerti seseorang. (3 markah ) (ii...

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri . Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat anderak besar. Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah muka anderak itu. Kerbau itu terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut tanduknya lalu tersekat, tidak dapat masuk dan keluar. Pintu anderak itu disumbat seorang segumpal tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. Kerbau yang di dalam anderak itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya. Sampailah khabar kepada Merah Hasum bahawa Merah Silu bermain dengan binatang liar yang tidak disukai oleh orang ramai. Tempat itu diberi nama Kerbau Kampung. Merah Hasum memanggil seorang hamba, katanya, “Pergi engkau katakan kepada saudaraku, Merah Silu, apa gunanya bermain binatang yang tiada berguna kepada orang yang ...

Soalan 2 (b) – Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. RIPIN :Wak masuk hutan minggu lepas?( Melihat longgokan akar kayu dihujung beranda ) TUK WALI :Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi! RIPIN :Dah berpuluh tahun diredah, wak! Tak ada siapa pulak yang menanam semula. TUK WALI :Kalau ikut petua, ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada lagi. Bila aku cakap pasal pantang larang, semua orang ketawa. Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan. Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan … dah hilang rasa hormat mereka pada alam! RIPIN :Petua yang mana , wak? TUK WALI :Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. Kalau hati belum pasti, jangan cantas.Kalau belum mengenal, berkenal dulu. ...

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata embun di hujung rumput . [2 markah] (ii) Nyatakan tiga kebaikan yang diperoleh dengan membeli-belah di pasar raya besar. [ 3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah alasan-alasan peniaga dalam menyokong kenaikan harga sesuatu barangan? [4 markah]

Soalan 1: Rumusan

[30 markah ] Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani kenaikan harga barang keperluan pengguna dan faktor-faktor kegagalan usaha menangani isu tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Apabila kerajaan mengumumkan bonus atau kenaikan gaji untuk kakitangan perkhidmatan awam, semua kakitangan berasa lega dan gembira. Namun begitu, rasa lega dan kegembiraan itu tidaklah lama kerana nikmat daripada bonus atau kenaikan gaji tersebut seperti embun di hujung rumput. Hal ini disebabkan mereka dihantui oleh kenaikan harga barangan secara mendadak pula. Oleh itu, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna (KPDNHEP) telah menjalankan operasi mencegah kenaikan harga barangan pengguna. Pengguna hendaklah tidak membuat pembelian secara boros, iaitu membeli sesuatu barangan mengikut keperluan dan bukan mengikut nafsu. Cara begini akan membol...