Latihan kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'
Arahan: Isikan tempat kosong dengan kata pemeri 'ialah' atau 'adalah' . Jika kedua-dua perkataan itu tidak diperlukan dalam ayat tersebut, jangan tulis apa-apa. 1 . Bola sepak __________ sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma yang akan datang. 2. Beliau __________ orang yang pertama sampai ke kemuncak Gunung Everest. 3. Kaum lelaki __________ elemen terpenting dalam pembangunan negara. 4. Institut itu __________ merupakan sebuah institusi penyelidikan swasta. 5. Kursus ini __________ untuk menerangkan konsep pembentukan kata. 6. Pilihan raya __________ detik bersejarah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat. 7. Dunia ini __________ fana. 8. Keputusan pengadil __________ muktamad. 9. Buku tersebut ___________ kepunyaan Abdullah. 10. Pada pendapat saya Abu ___________ seorang yang suka berjenaka. 11. Bangunan Blok G SMK King George V ___________ bangunan sekolah kedua yang diisytiharkan sebagaiWarisan Negara . P...