Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Pembuangan Bayi Meninggalkan Kesan yang Parah

Penulis tertarik untuk memberi maklum balas terhadap rencana “Apabila Hilangnya Sifat Kemanusiaan …” oleh Aninah Janang dalam Dewan Masyarakat April 2010. Penulis bersetuju dengan Aninah yang menggambarkan masalah pembuangan bayi merupakan penyakit sosial segelintir masyarakat kita yang tandus nilai kemanusiaan. Masalah ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita yang berpegang pada agama sebagai tunjangnya. Kes pembuangan bayi diibaratkan sebagai penyakit sosial yang akan membelenggu negara kita daripada menjadi masyarakat yang bersifat penyayang yang merupakan salah satu daripada sembilan cabaran wawasan 2020. Pembangunan dari segi kerohanian pasti terbantut disebabkan nilai kemanusiaan diketepikan. Penyakit sosial ini turut mencerminkan kerapuhan pegangan agama dan ketandusan nilai kemanusiaan segelintir anggota masyarakat sehingga keliru antara amalan yang mulia dan yang berdosa. Sebenarnya, setiap manusia yang hidup memang mendapat dorongan dan panduan daripada agama masing...

Latihan tatabahasa

Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) melayan tetamu (ii) mencabar minda (iii) menerima cabaran (iv) mengejar impian (v) meningkatkan prestasi (vi) membangkitkan semangat. (b) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) perkampungan (ii) penyusustan (iii) menempati (iv) menepati (v) menyeragamkan (vi) menstabilkan (c) Tulis satu ayat bagi tia...