Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

BIDALAN

- jenis peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya. -tidak mengandung sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan. Contohnya, 1- ada gula ada semut 2- ada udang di balik batu 3- air dicencang tiada putus 4- air susu dibalas dengan air tuba 5- alang-alang berdakwat biar hitam 6- alah membeli menang memakai 7- awal dibuat akhir diingat

PEPATAH

-jenis peribahasa yang berangkap serta terdapat pengulangan kata di dalamnya untuk penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan. Contohnya. 1- ayam terlepas, tangan bau tahi 2- berani kerana benar, takut kerana salah 3- berat sama dipikul, ringan sama dijinjing 4- buang yang keruh, ambil yang jernih 5- harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

PERUMPAMAAN

-jenis peribahasa yang maknanya tersirat di sebalik susunan kata-kata. -biasanya mengandungi kata-kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama. -contohnya 1- bagai aur dengan tebing 2- bagai bunyi cempedak jatuh 3- bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. 4- laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak. 5- seperti abu di atas tunggul 6- umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi. 7- umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua.

BANDINGAN

-Jenis peribahasa yang maknanya dinyatakan dengan amat jelas dan terus terang secara membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Contohnya, 1- adil laksana hakim 2- busuk seperti bangkai 3- cantik bagai bidadari 4- degil seperti keldai 5- garang seperti singa 6- halus seperti kuman 7-masam seperti cuka 8- tinggi seperti galah 9- zalim seperti Firaun 10- pahit seperti hempedu

SIMPULAN BAHASA

-Simpulan bahasa merupakan jenis peribahasa yang palaing mudah dan ringkas. Biasanya terdiri daripada dua patah perkataan. Contohnya, 1- anak buah 11- mata duitan 2- bekas tangan 12- naik darah 3- cepat tangan 13- otak kering 4- darah daging 14- pekak badak 5- gaji buta 15- rambang mata 6- hidung tinggi 16- saudara anjing 7- isi hati 17- telingan nipis 8- jauh hati 18- senapang bambu 9- kucing bertanduk 19- ringan kepala 10- lintah darat 20- mencuit hati

PERIBAHASA

Maksud peribahasa 1-Peribahasa merupakan susunan kata-kata yang teratur, sedap didengar dan cukup bermakna. 2-Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masayarakat. 3-Peribahasa digunakan sebagai kiasan, teladan dan pengajaran. Itulah sebabnya peribahasa selalu digunakan sebagai hiasan untuk mengindahkan karangan atau ketika memberikan ucapan atau syarahan. Jenis-jenis peribahasa i- simpulan bahasa ii-perumpamaan iii-bandingan iv-bidalan v-pepatah