Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

KARANGAN RANGSANGAN

ANALISIS SOALAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN SPM 2010 (Soalan Percubaan Negeri-negeri) Analisis Soalan Karangan Bahagian (A) Peperiksaan Percubaan BM SPM Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2010 Bil. Negeri/Institusi Isu Fokus soalan Isi Dalam Bahan Rangsangan 1. Perlis Kemalangan jalan raya Punca-punca Tiada isi diberikan, cuma dipaparkan ilustrasi tentang kemalangan jalan raya 2. Kedah Aktiviti khidmat masyarakat Faedah-faedah - membina sikap sukarela – Modul Khidmat Komuniti Program Khidmat Negara - mengukuhkan semangat kerjasama – aktiviti gotong-royong - memupuk perasaan cinta akan alam sekitar – aktiviti kokurikulum 3. Pulau Pinang Remaja cemerlang Ciri-ciri - mementingkan ilmu - menghormati ibu bapa - yakin diri 4. Perak Sambutan kemerdekaan negara Kebaikan-kebaikan - memupuk semangat patriotik - menghargai jasa pemimpin - memupuk perpaduan 5. Selangor Semangat kejiranan Usaha-usaha untuk memupuk - bergotong-royong - amalan ziarah-menziarahi - rumah terbuka ...

SOALAN 3 e KERTAS 2- PERIBAHASA

PERIBAHASA Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini dinyatakan di bawah: A. Membina ayat daripada peribahasa: Contoh: 1. bagai menatang minyak yang penuh Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah mereka dewasa. 2. seperti katak di bawah tempurung Sikap Ng Khai Liang yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan dia berfikiran tertutup seperti katak di bawah tempurung. 3. seperti paku dengan penukul Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. 4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin mengulang kaji pelajaran samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang diberi: Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi. 1. Pak Hassan terkej...

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 – Amalan Gaya Hidup Sihat Dengan berdasarkan Soalan Percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) beberapa buah negeri, antara isu yang perlu difokuskan ialah amalan gaya hidup sihat. Antara negeri yang memfokuskan isu tersebut ialah Terengganu dan Negeri Sembilan . Di samping itu, soalan negeri Pahang turut memfokuskan isu yang sama tetapi dalam bahagian B iaitu soalan 2 yang berkaitan dengan peranan ibu bapa untuk melahirkan keluarga yang sihat (berformat ceramah). Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Kertas 1 Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu negeri Terengganu 2010). Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu . Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Rangka Karangan Pendahuluan - kepentingan amalan gaya hidup sihat Isi-isi - amalan...

Isu-isu menarik

Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia. Dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasinya . Format penulisan : bebas/ tidak terikat dengan mana-mana format penulisan Isu utama : generasi muda kurang semangat kebangsaan Kehendak soalan : sebab-sebab remaja kurang semangat kebangsaan langkah-langkah mengatasinya Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Pekara ini menjadi lumrah terutamanya di kalangan generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat nasionalisme dikalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba menyelami punca-punca berlak...

LAGI KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010

P.PINANG BM 1 P.PINANG BM 2 NEGERI 9 BM 1 NEGERI 9 BM 2 SABAH BM 1 SABAH BM 2 JOHOR BM 1 JOHOR BM 2

KOLEKSI SOALAN BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010

PERLIS BM 1 PERLIS BM 2 PERAK BM 1 PERAK BM 2 PAHANG BM 1 PAHANG BM 2 MRSM BM 1 MRSM BM 2 SBP BM 1 SBP BM 2 KELANTAN BM 1 & 2 TERENGGANU 1 & 2 SELANGOR BM 1 SELANGOR BM 2 WPK LUMPUR BM 1 WPK LUMPUR BM 2 KEDAH BM 1 & 2 MELAKA BM 1 SET 1 MELAKA BM 1 SET 2