Catatan
TUKAR BHASA MELAYU KLASIH KE BAHASA MELAYU STANDARD
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Siri 4 Bahasa Melayu Klasik Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut Dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Tatka l a itu Kerta l a Sar i suda h datang dar i Da h a , t e r la lu banyak beroleh harta daripada emas dan perak dan pakaian dan p itis berpu l uh-pu l uh juta dan orang banyak dic u rinya. Setelah sudah Ker t ala Sar i datang ke rumah n ya, maka i a pun bertanya kepada ibunya, "Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?" Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan Bahasa Melayu Standard Ketika itu, Kertala Sari sudah pulang/kembali dari Daha. Kertala Sari memperoleh begitu banyak harta seperti emas, perak, pakaian dan wang berpuluh-puluh juta dan banyak orang yang dicurinya. Sejurus sahaja tiba di rumah, Kertala Sari bertanya kepada ibunya, “ wahai ibu, ke mana perginya bapa kerana saya tidak melihatnya?”.
TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Siri 3 Bahasa Melayu Klasik Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut Dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya. Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah. Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi. Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan Dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul, KPM Bahasa Melayu Standard Setelah berfikir, Patih Gajah Mada pun teringat akan Petala Bumi. Patih Gajah Mada pun segera menyuruh orang berjumpa dengan isteri Petala Bumi untuk bertanyakan anaknya iaitu Kertala Sari yang pergi mencuri ke Daha sama ada sudah pulang atau belum. Orang Patih Gajah Mada pun p...
TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA MELAYU STANDARD
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
SIRI 2 Bahasa Melayu Klasik Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan. Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. 'Adapun negeri Melaka itu sukar binasa maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.' Bahasa Melayu Standard Tidak lama kemudian, Patih Gajah Mada mendengar bahawa penjurit tujuh bersaudara yang dititahkan oleh Seri Betara pergi ke Melaka telah mati. Patih berasa hairan. Patih Gajah Mada berfikir dalam hatinya. ‘ Walaupun negeri Melaka itu sukar dibinasakan dia berasa puas hati kerana dia yakin penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit Cina itu akan berjaya mengalahkan Melaka sekiranya mereka tidak mati.
TUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KE BAHASA STANDARD
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
SIRI 1 - KEPIMPINAN MELALUI TELADAN Bahasa Melayu Klasik Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada dan peri mengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan Patih Gajah Mada hendak mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang dirinya, peri mengatakan tatkala Laksamana membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan. Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. Bahasa Melayu Standard Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada diberitahu oleh peri, penjurit ketujuh berkata kepada Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada bahawa dia hendak mengalahkan negeri Melaka itu seorang diri. Walau bagaimanapun, Laksama membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Tidak lama kemudian Patih Gajah Mada mendengar ber...