Khamis, 10 Januari 2013

KARANGAN 1- 2013

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORNGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK

Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi,
mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula, 
keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak
mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung
untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003,
Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 
(SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 
17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana 
Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh 
sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan 
anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan 
daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh 
keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia 
pemangkin kecemerlangan anak-anak.
Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak 
akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana
 ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjad
idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa
akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah 
kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era
globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi
untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan 
Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif 
lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui 
teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan 
anak-anak.Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang dan 
bekerja kerasdengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang lumayan 
dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan yang 
secukupnya kepada anak-anakbagai menatang minyak yang penuh. Semua 
ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan 
yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yan
tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang 
semata-mata untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini, 
pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa
bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan anak-anak
mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah 
menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa 
sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka
Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-anak mereka sekali
pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa
menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang pelajaran.
Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak-anak 
didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan 
agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajar
Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan merek
tidak mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam
masyarakat marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 
menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu
meraih kejayaan. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu 
adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa 
didikan agama yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan 
oleh keluarga demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.
Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan 
anak-anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu 
bagai aur dengan tebingdan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, 
hati kuman sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan 
keluarga dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti
yang dilaungkan mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah".
Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta
ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung
malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi, 
duduk sama rendahdengan negara lain untuk negara maju yang lain di seluruh 
sarwajagat ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan